Tuesday, 7 August 2012

The making of... curtain

Operasi menyiapkan jahitan langsir customer...
 Dah siap..
 Sedia untuk dipungut/ collection...

Curtain oh curtain..

Tempahlah mana-mana curtain style untuk rumah anda.. Langsir adalah pencetus seri ruang kediaman...
 
 EYELET
 FRENCH PLEAT
 PENCIL PLEAT
 PELMET
 PELMET
 ROMAN BLIND
 ROMAN BLIND

Yea yea Raya!... ^-^

Ramadan Kareem... Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadat-ibadah lain di sepanjang bulan puasa dan bulan-bulan seterusnya insya Allah... Menjelang Hari Raya Aidilfitri juga saya mengucapkan kepada semua SELAMAT HARI RAYA.. Maaf jua dipinta..

Berikut adalah di antara hasil-hasil kerja tangan saya.. ^-^
Jubah moden si kecil RM30.00

Baju-baju yang siap untuk collection. 2nd batch.. 


Saturday, 7 July 2012

Sebahagian Tempahan Langsir dan Pakaian ~ 7/7/2012

Nampaknya Ramadhan dah hampir tiba. Tak sampai setengah bulan saja lagi. Seronoknya! Harap tak malas untuk lakukan ibadah sebanyak-banyaknya nanti (^-^).. Maaf kawan-kawan, tempahan baju untuk Hari Raya dah pun ditutup. Takut tak sempat + nak exam + nak spend masa tuk bulan Ramadhan yang mulia! Walau bagaimanapun, tempahan untuk jahitan manik masih lagi diterima sehingga satu tarikh yang akan diberitau nanti.. Terima kasih semua
Tempahan langsir untuk sebuah rumah banglow. Termasuk 1 sliding door, 15 unit tingkap dan 4 pintu.
Fabrik berasal dari Spain (dibeli di KL saja..) jenis poliester 46% dan Algodon 54% (tak pasti jenis kain ni.. tak pernah dengar sblm ni).

Sebahagian tempahan yang siap sepenuhnya dan juga separa siap hehehe.. Belom sempat klim lagi.. Banyak lagi the next batch yang perlu dijahit. Yakin boleh!

Gambar yang sama..

 dan ini juga...

Wednesday, 13 June 2012

Tempahan Aidilfitri

Tempahan Langsir, Manik Labuci dan Pakaian Wanita sempena Hari Raya Aidilfitri masih dibuka dan diterima sehingga 5 Julai 2012... Harap maklum

Sunday, 18 March 2012

Wedding Dress



Lama dah tak update blog.. Bz sokmo. Baru-baru ni sy telah menyiapkan dua helai tempahan jahitan manik untuk pakaian pengantin. Hasilnya, boleh tahanlah... Korang jer yang boleh menilai. Baju lace putih tu saya ambil masa 2 minggu dan baju orange selama 3 minggu serentak (lambat sbb sibuk jahit tempahan baju dan study hehehe...)

 
Harga sebenar untuk jahitan manik bagi sepasang baju iaitu lengan, badan - leher dan bawah badan serta kain adalah dianggarkan RM200-300. Tapi ia bergantung kepada permintaan pelanggan. Sekiranya budget pelanggan dikurangkan, maka jahitan manik akan diselaraskan mengikut harga. Contohnya seperti orange wedding dress ni.. harganya hanya RM130